Form 4 Pendidikan Moral Bab 1: Norma Masyarakat Pemangkin Kesejahteraan
1.1.1 Maksud Norma Masyarakat
Norma berasal daripada perkataan Latin yang bermaksud peraturan atau ketentuan yang telah menjadi kebiasaan dan dijangka dipatuhi oleh setiap anggota masyarakat. (p.4)
Norma masyarakat ialah perilaku atau tindakan yang diterima sebagai amalan dalam sesuatu kelompok, komuniti atau budaya. (p.4)
Norma masyarakat ialah peraturan sosial yang dibentuk secara sedar atau tidak sedar sehingga menjadi kebiasaan; amalan agama turut menjadi sebahagian daripada norma masyarakat. (p.4)
Norma masyarakat merangkumi perbuatan yang wajar dilakukan dan patut dihindari dalam kehidupan bermasyarakat. (p.4)
1.1.2 Contoh Norma Masyarakat
Beratur ketika menggunakan pengangkutan awam. (p.5)
Mengetuk pintu sebelum masuk. (p.5)
Menghormati orang yang lebih tua. (p.5)
Duduk ketika makan. (p.5)
1.1.3 Kepentingan Amalan Norma Masyarakat
Norma masyarakat amat penting bagi menjamin kesejahteraan hidup dan kebaikan semua anggota masyarakat. (p.6)
Sebagai panduan bertingkah laku: membantu dan mengawal anggota masyarakat memahami dan mengamalkan tingkah laku yang diterima. (p.6)
Membentuk masyarakat yang teratur: keputusan dan tindakan yang sesuai dengan norma melahirkan masyarakat teratur. (p.6)
Membina masyarakat yang harmoni: tingkah laku dan interaksi sosial yang baik menghindari perselisihan. (p.6)
Sebagai ukuran bertingkah laku: amalan norma yang diakui dan diterima menjadi ukuran sesebuah masyarakat. (p.6)
1.1.4 Kesan Pengabaian Norma Masyarakat
Kemodenan dan arus globalisasi menyebabkan segelintir masyarakat mula mengabaikan norma masyarakat. (p.7)
Bersikap individualistik: bertingkah laku tanpa mengambil kira kepentingan orang lain; keputusan berasaskan keinginan sendiri; kurang melibatkan diri dalam aktiviti sosial. (p.7)
Manusia kurang beradab: komunikasi kurang sopan dalam kalangan remaja; bahasa badan kurang menyenangkan. (p.7)
Hubungan sosial terjejas: perubahan gaya hidup, meminggirkan orang yang lebih tua, pergaulan di luar batasan. (p.7)
Menjejaskan keharmonian masyarakat: memandang rendah amalan norma yang berbeza, mempersendakan cara berpakaian orang lain, tidak menghormati amalan beribadat kaum lain. (p.7)
Bahasa badan ialah cara berkomunikasi melalui gaya duduk, berjalan, mimik muka dan sebagainya, bukan melalui pertuturan. (p.7)
1.1.5 & 1.1.6 Perasaan dan Amalan Norma Masyarakat
Interaksi yang baik terbentuk apabila norma masyarakat menjadi amalan setiap individu, dan norma ini membentuk individu yang saling menghormati serta hidup harmoni. (p.8)
Kemajuan dan kemodenan tidak memberikan kebebasan untuk mengetepikan norma masyarakat dalam kehidupan harian. (p.8)
Amalan norma masyarakat membantu membentuk insan bermoral. (p.8)
Hedonisme
Hedonisme ialah pegangan atau pandangan hidup yang mementingkan keseronokan atau kesenangan hidup sahaja. (p.12)
Contoh budaya hedonisme: pergaulan bebas, penyalahgunaan dadah, berpelesiran sehingga lewat malam. (p.12)
Contoh Amalan Norma
Bergotong-royong dalam penyediaan makanan tradisional mengekalkan tradisi, menimbulkan rasa bangga berkongsi makanan dengan pelbagai kaum, serta mewujudkan semangat kejiranan dan saling membantu. (p.13)